Cacing tanah mempunyai lebih daripada seratus segmen. Ia hidup di dalam tanah dengan menolak dan memakan tanah tersebut. Sesetengah daripada haiwan ini membuat gumpulan tanah (tahi cacing) daripada tanah yang dimakannya. Ia juga menarik masuk daun-daun ke dalam lubangnya
Ada 1800 jenis cacing yang dikenalpasti. Akan tetapi, hanya ada 9 jenis sahaja yang berpotensi untuk digunakan di dalam bidang pertanian, penternakan dan sebagainya.
Cacing tanah tergolong di dalam kategori haiwan tidak bertulang (Invertebrata), dimana ianya dimasukkan ke dalam Filum Annelida, iaitu cincin. Susunan tubuh cacing terdiri daripada bentuk cincin-cincin, segmen-segmen, dimana ianya memiliki rambut keras dan pendek. Ini tergolong di dalam kelas Oligochaeta.
Kelas Oligochaeta terbahagi kepada 5 keluarga.
Jenis cacing yang diternak adalah daripada keluarga Megascolicidae dan Lumbricidae yang terdiri daripada:
Lumbricus Rubellus (Cacing Merah/Red Worm)
Pherionyx Excavatus (Cacing Biru/Blue Worm)
Eisenia Foetida (Cacing Harimau/Tiger Worm)
African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
Pheretima Asiatica
Diplocardia
Namun begitu, 4 jenis spesis cacing yg telah dikajiselidik berkesan sebagai tugasan menghasilkan kompos, iaitu :
Cacing Merah ( Red Worm / Lumbricus Rubellus )
Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus)
Cacing Harimau ( Tiger Worm / Eisenia Foetida )
Cacing African Night Crawler ( Eudrillus Eugeniae )
Lumbricus Rubellus (Cacing Merah/Red Worm)
Jenis cacing tanah Lumbricus rubellus mampu hidup dalam populasi yang padat. Lumbricus rubellus sering ditemukan di bawah guguran daun atau tumpukan kotoran ternak dan tidak menggali jauh ke dalam tanah seperti Allolobophora caliginosa (field worm) atau cacing tanah besar Lumbricus terrestris.
Bentuk tubuhnya pipih
Dihujungnya ada tanda kekuningan
Jumlah segmen sekitar 90 hngga 195, di mana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar menyamai jenis yang lain
Gerak cacing ini lambat dan sering diam apabila dipegang
Bagian atas merah kecoklatan atau merah ungu
Permukaan bawah berwarna pucat
Menempati tanah lapisan atas, kawin dan bertelur di dalam tanah dengan
membuat liang di dalam tanah bermineral
Berbiak dengan cara reproduksi seksual
Panjang 60-150 mm, diameter 4-6 mm
Dewasa dalam 179 hari dengan masa hidup 682-719 hari
Menghasilkan 79-106 cocoons pertahun perekor cacing
Pherionyx Excavatus (Cacing Biru/Blue Worm)
Memiliki 75 hingga 165 segmen
Klitelumnya terletak pada segmen 13 dan 17
Berwarna ungu tua hingga ke merah coklat
Berbentuk gilik
Penternakan harus dilakukan dengan berhati-hati dan lebih serius
Geraknya cepat seperti jenis Pheretima
Eisenia Foetida(Cacing Harimau/Tiger Worm)
Cacing harimau sangat baik bagi tujuan baja kompos. Ia dapat menghasilkan lapisan atas tanah yang baik untuk tanaman. Cacing ini juga telah di pelihara di ladang cacing di New Zealand, Australia dan juga di negara kita.Pusat Apiari Nasional Parit Botak dan Unit Perlindungan Tanaman Ayer Hitam, Johor telah memelihara cacing ini bagi tujuan penyelidikan.
Selain itu, spesies lain yang sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia ialah African Nightcrawlers.
African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
Cacing Night Crawler sesuai untuk penghasilan kompos dan berpotensi bagi sumber makanan ternakan. Dari segi nilai biotek, kandungan enzim yg boleh diekstrak dari cacing jenis ini agak rendah berbanding dengan Cacing Merah & Cacing Harimau. Night Crawler agak cerewet sikit diternak sbb perlu sekitaran yang berbeza banding dengan Cacing Merah (Lumbricus rubellus ) atau Harimau (Eisenia fetida). Kos asas mungkin lebih tinggi, contohnya lampu perlu on pada waktu malam sebab jika tak mereka suka merayap naik ke atas.
“Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2”
|