Pengenalan

Pengetahuan tentang penternakan cacing di Malaysia boleh dikatakan agak relatif. Padahal, di Malaysia, cacing sudah dikenali sejak zaman nenek moyang kita lagi. Mereka menggunakan cacing sebagai ubat yang dapat menyembuhkan berbagai penyakit dan juga untuk memperbaiki suara agar lebih halus dan lembut.

Pengetahuan tentang cacing semakin lama semakin berkembang dengan kajian-kajian yang sering dilakukan, baik oleh individu mahupun jabatan berkenaan. Dari sini terbukti bahawa manfaat cacing ternyata sangat banyak.

Di negara-negara seperti Amerika, Filipina, Jepun, Taiwan dan beberapa negara Eropah, cacing telah banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat ubat, kosmetik, pengurai sampah, bahkan sebagai makanan manusia. Sementara di Malaysia, budidaya cacing (penternakan cacing) masih baru dan belum dikenal luas. Penggunaan dan manfaatnya pun masih terbatas.

Tuhan telah menciptakan makhluk yang memiliki fizikal yang lemah,namun sangat banyak kegunaan dan manfaatnya, baik untuk manusia, mahupun persekitaran atau bidang pertanian.

Mari kita mengenal dahulu sejarah timbulnya penggunaan cacing ini untuk kehidupan manusia sebelum kita kenal sepenuhnya gelagat, tabiat dan juga penggunaannya bagi tujuan perubatan dan kosmetik.

Asal penggunaannya hanyalah untuk tujuan proses pelupusan sampah sarap di mana ia dinamakan Teknik Vermikultur. Vermi berasal daripada bahasa Latin bermaksud cacing. Vermikultur ialah proses pelupusan sampah sarap menggunakan cacing tanah untuk memakan sisa buangan organik pepejal dan menukarkannya kepada baja organik yang disebut vermikas atau najis cacing.

Kaedah vermikultur telah pun dijalankan di beberapa negara. Walau bagaimanapun, aktiviti ini terhad kepada beberapa kawasan sahaja dan belum dipraktikkan dengan begitu meluas.

Negara China misalnya menternak dan menggunakan cacing tanah dalam banyak bidang perubatan tradisional, iaitu untuk bahan farmaseutikal dan kosmetik.

Di India terdapat beberapa kampung yang terletak di bahagian Selatan India mengamalkan vermikultur untuk membaja tanaman mereka.

Cuba pula merupakan sebuah negara yang menjadi mangsa sekatan ekonomi kerajaan Amerika Syarikat selepas perpecahan kerajaan Rusia. Cuba masih bertahan sebagai sebuah negara pertanian terutama dalam pengeluaran komoditi gula kerana kekurangan import baja kimia telah dapat diatasi dengan penggunaan baja organik yang disediakan melalui teknik vermikultur.

Beberapa bandar di Kanada, Amerika Syarikat dan Australia menggunakan vermikultur untuk melupus sisa buangan organik bandaran.

Di New Zealand, kaedah vermikultur digunakan untuk memperbaiki hasil anggur yang digunakan untuk membuat wain.

Di Korea, teknik vermikultur telah digunakan oleh sebuah syarikat untuk menstabilkan sisa biopepejal najis manusia.

Oleh kerana potensi yang baik ini maka negara kita tidak harus ketinggalan dalam memperluaskan kajian dan penggunaan teknologi vermikultur ini. Saya difahamkan pihak UPM telahpun memulakan R & D bagi melihat secara lebih luas penggunaan cacing ini baik dalam bidang perubatan maupun kosmetik.
About BMR
 
Bumi Mekar Resources Sdn. Bhd.
Lokasi : Shah Alam

BMR sedia membekalkan induk cacing :
1. Lumbricus Rubellus (Cacing Merah)
2. Tiger
3. Blue worm
4. African Nightcrawler
BMR boleh dihubungi melalui emel : istanactawan@yahoo.com, no. tel : 010-9001501 dan melalui skype (user ID : aisyabijak) dan YM (user ID : istanactawan@yahoo.com).
Dapatkan Induk Cacing Pada Harga Borong
 
Harga yang kami tawarkan adalah antara yang terbaik di pasaran. Dengan harapan agar semakin ramai yang mampu menceburi dunia ternakan cacing untuk menghasilkan baja kompos yang semakin mendapat permintaan yang tinggi di kalangan petani dan pengusaha ladang tanaman.

Hubungi HOTLine 010-9001501.
Baja Dan Medium
 
Kami juga menjual medium dengan harga yang berpatutan.

i) Medium + EM
Harga : RM0.60 - RM0.80/kg

ii) Baja Kompos (Baja Cacing 1000)
Harga : RM1.50/kg - RM2.00/kg

iii) Baja Guano Fosfat
Harga : RM2.00 - RM2.50/kg

iv) Baja Zeolite
Harga : RM1.00 - RM1.50/kg
Hubungi Kami
 
PUSAT TERNAKAN :

1. Sri Muda, Selangor

2. Sijangkang, Selangor (Kapasiti 100 tan sebulan)



TENAGA PENGGERAK
Wan Mustafa (010-9001501)
Azmi (010-2316745)
Sahin (012-9403174)

Kami sedia menghantar ke tempat anda. Hanya telefon-order-terima barang-bayar. Mudah bukan?
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free