Fisiologi Cacing
Struktur Tubuh
  • Cacing tanah memiliki Seta yang berfungsi sebagai jangkar semasa bergerak.
  • Ia juga mempunyai lendir yang digunakan untuk memudahkan pergerakan , melicinkan lubang di dalam tanah, serta sebagai  alat mempertahankan diri.
  • Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar Epidermis.
  • Pada bahagian depan cacing tanah, terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan Prostomium(lihat rajah berikut). Ianya digunakan untuk menembus tanah.
  • Apabila tanah sulit untuk ditembus, maka tanah akan dimakan bersama sisia makanan dan keluar menjadi kotoran yang kaya dengan unsur hara(nutrien) dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan toksin yang merbahaya.

Sistem Pencernaan Makanan

  • Prostomium mengambil makanan dan dimasukkan ke dalam Pharynx. Kemudian melalui Esofagus dan seterusnya Ketembolok
  • Makanan disimpan sementara, kemudian disalurkan ke lambung otot. Di dalam lambung otot, makanan dihancurkan dengan dibantu oleh pasir dan benda-benda keras yang dimakannya
  • Hasil pencernaan masuk ke dalam usus, kemudian sari-sari makanan diserap. Di sini, makanan diproses dari bentuk yang kompleks menjadi bentuk sederhana
  • Di dalam proses ini, enzim, bakteria, protozoa bersama-sama melakukan aktiviti tersebut
  • Zat-zat makanan kemudiannya diserap oleh dinding usus halus masuk ke dalam pembuluh darah,  dan disalurkan ke seluruh tubuh
  • Sisa-sisa makanan yang tidak tercerna keluar bersama kotoran lainnya dalam bentuk kotoran cacing

Sistem Pernafasan
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit
  • Di atas kulitnya terdapat lapisan nipis yang dinamakan Kutilkula
  • Pembuluh-pembuluh darah berada tepat di bawah kutilkula dan berfungsi untuk mengambil oksigen dari udara dan mengeluarkan CO2  ke udar
  •  
    Syarat yang harus dipenuhi untuk pertukaran udara adalah kelembapan yang cukup tinggi

Sistem Peredaran Darah
  • Cacing tanah memiliki 5 buah jantung
  • Pada saat jantung berdenyut, darah dari jantung mengalir ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah besar di bahagian ventral (di bawah  saluran pencernaan).
  • *Dari pembuluh besar, kemudian darah akan masuk ke pembuluh kecil, seterusnya masuk ke pembuluh darah besar yang terletak di atas saluran pencernaan makanan.
  • Akhirnya masuk ke jantung kembali.

Sistem Pelepasan
  • Hasil metabolisme protein adalah di dalam nitrogen yang dikeluarkan melalui ginjal yang juga  berfungsi sebagai alat untuk mengatur keseimbangan cairan tubuh, iaitu secara penapisan.
  • Sisa-sisa metabolisme ini kemudian dibuang keluar tubuh melalui lubang perlepasan (Nephridiopore) yang terdapat pada kulit.

Sistem Saraf
  • Semua gerakan cacing tanah diatur oleh susunan saraf.
  • Susunan saraf terdiri daripada simpul saraf (ganglion), bahagian depan(Anterior), simpul saraf bahagian perut (Ventral), serta serabut-serabutnya
  • Simpul di bahagian hadapan boleh disamakan dengan otak di mana gerakan dari haiwan lain boleh dikesan.
  • Cacing tanah bertindak negatif pada cahaya dan tidak dapat bertahan daripada sinaran UV yang dapat membunuh cacing hanya dalam masa 1minit.

Sistem Pembiakan
  • Cacing tanah termasuk  di dalam kategori haiwan Hermafrodit, iaitu haiwan yang memiliki 2 jenis alat kelamin, jantan dan betina.
  • Pembiakan dilakukan sendiri, namun minima harus mempunyai 2 ekor.
  • Dari persenawaaan sepasang cacing, setelah 7 hingga ke 10 hari, ianya akan menghasilkan Kokon yang berisi cacing.
  • Kokon tersebut berbentuk lonjong berukuran sekitar 1/3 saiz kepala mancis.
  • Kokon menetas dalam masa 14 hingga ke 21 hari
  • Setiap kokon menghasilkan 2 hingga ke 20 ekor cacing (purata 4 ekor).
  • 100 ekor cacing dapat menghasilkan 100 000 cacing dalam tempoh 1 tahun.
  • Cacing tanah dewasa,setelah berumur 2 hingga 3 bulan boleh dikenalpasti melalui adanya gelang  Klitelum.
  •  
     
    Pembiakan cacing sangat bergantung kepada media dan makanan yang diberikan dan tentunya pemeliharaan yang teliti dan rajin.











About BMR
 
Bumi Mekar Resources Sdn. Bhd.
Lokasi : Shah Alam

BMR sedia membekalkan induk cacing :
1. Lumbricus Rubellus (Cacing Merah)
2. Tiger
3. Blue worm
4. African Nightcrawler
BMR boleh dihubungi melalui emel : istanactawan@yahoo.com, no. tel : 010-9001501 dan melalui skype (user ID : aisyabijak) dan YM (user ID : istanactawan@yahoo.com).
Dapatkan Induk Cacing Pada Harga Borong
 
Harga yang kami tawarkan adalah antara yang terbaik di pasaran. Dengan harapan agar semakin ramai yang mampu menceburi dunia ternakan cacing untuk menghasilkan baja kompos yang semakin mendapat permintaan yang tinggi di kalangan petani dan pengusaha ladang tanaman.

Hubungi HOTLine 010-9001501.
Baja Dan Medium
 
Kami juga menjual medium dengan harga yang berpatutan.

i) Medium + EM
Harga : RM0.60 - RM0.80/kg

ii) Baja Kompos (Baja Cacing 1000)
Harga : RM1.50/kg - RM2.00/kg

iii) Baja Guano Fosfat
Harga : RM2.00 - RM2.50/kg

iv) Baja Zeolite
Harga : RM1.00 - RM1.50/kg
Hubungi Kami
 
PUSAT TERNAKAN :

1. Sri Muda, Selangor

2. Sijangkang, Selangor (Kapasiti 100 tan sebulan)



TENAGA PENGGERAK
Wan Mustafa (010-9001501)
Azmi (010-2316745)
Sahin (012-9403174)

Kami sedia menghantar ke tempat anda. Hanya telefon-order-terima barang-bayar. Mudah bukan?
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free