Baja Vermikompos

RINGKAS MENGENAI VERMIKOMPOS

(BAJA ORGANIK CACING)

Penghasilan kompos dengan menggunakan cacing adalah satu lagi punca baja tambahan atau punca pendapatan kepada petani. Dengan sedikit uasaha menggunakan jerani padi, batang jagung, hampas kelapa sawit, tahi lembut, tahi ayam dan bahan-bahan pertanian terbuang yang sesuai, cacing akan jadikannya baja kompos yang bernilai.

Vermikompos adalah bahan organik hasil dari proses atau aktiviti microb dan cacing tanah ke atas bahan organik mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrob ke atas jerami padi yang baru dituai menyebabkan berlakunya proses pereputan. Sebelum proses pereputan ini tamat, sebagaiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dan lain-lain.

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan  merupakan baja organik yang mesra alam.Fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

 

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:

  • kurang pembajakan antara musim
  • kurang masalah perosak
  • pertambahan pengeluaran hasil
  • mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
  • penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
  • Teh kompos cacing dipercayai mempunyai banyak mengandungi bakteria baik dan juga    mempunyai kualiti sebagai zat penggalak tumbuh dan juga penghalang serangga dan penyakit


Harga pukal baja vermikompos
:

  •      RM2.50 – RM3.00/kg

 

About BMR
 
Bumi Mekar Resources Sdn. Bhd.
Lokasi : Shah Alam

BMR sedia membekalkan induk cacing :
1. Lumbricus Rubellus (Cacing Merah)
2. Tiger
3. Blue worm
4. African Nightcrawler
BMR boleh dihubungi melalui emel : istanactawan@yahoo.com, no. tel : 010-9001501 dan melalui skype (user ID : aisyabijak) dan YM (user ID : istanactawan@yahoo.com).
Dapatkan Induk Cacing Pada Harga Borong
 
Harga yang kami tawarkan adalah antara yang terbaik di pasaran. Dengan harapan agar semakin ramai yang mampu menceburi dunia ternakan cacing untuk menghasilkan baja kompos yang semakin mendapat permintaan yang tinggi di kalangan petani dan pengusaha ladang tanaman.

Hubungi HOTLine 010-9001501.
Baja Dan Medium
 
Kami juga menjual medium dengan harga yang berpatutan.

i) Medium + EM
Harga : RM0.60 - RM0.80/kg

ii) Baja Kompos (Baja Cacing 1000)
Harga : RM1.50/kg - RM2.00/kg

iii) Baja Guano Fosfat
Harga : RM2.00 - RM2.50/kg

iv) Baja Zeolite
Harga : RM1.00 - RM1.50/kg
Hubungi Kami
 
PUSAT TERNAKAN :

1. Sri Muda, Selangor

2. Sijangkang, Selangor (Kapasiti 100 tan sebulan)



TENAGA PENGGERAK
Wan Mustafa (010-9001501)
Azmi (010-2316745)
Sahin (012-9403174)

Kami sedia menghantar ke tempat anda. Hanya telefon-order-terima barang-bayar. Mudah bukan?
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free